Sunday, December 2, 2012

Via ipod

Test. Ipod.

Kenangan. Kenanga? Taman kenanga?

Assalamualaikum readers..

Dah lama x update blog. Xde mood pon sbnarnye. Atau nama commonnye,malas. Ape penyebab malas? Sbb tiada dorongan. So harini dah 3 december 2012. Sekejap je kan masa berlalu.? Dah habis dah buat a level stahun stengah. Dah stahun stengah dah bermastautin kat KTT. Alhamdulillah. Allah permudahkan perjalanan aku kat KTT ni. Allah pertemukan aku ngn para sahabat yg terbaik. Yg bermacam macam jenis perangai. Byak pengajaran yg boleh diambil utk tempoh yg sekejap ini.

So.perpisahan mmg lah amat menyakitkan. Nak2 bila hati manusia ni xmahukan benda sedih berlaku dlm diri. Tp, setiap pertemuan ada sbbnya. Setiap perpisahan pun ada sebabnya. Every single thing that happen in this life, xde cacat celanya. Allah dah jadikan semua ni tepat dan terbaik utk kita. Tggal masa kita je yg kena amek pengajaran atas stiap bnda yg kita dah buat. :)

Hati kecil ku ini agak tersentuh saat terpaksa berpisah ngn kawan2 semalam. Ada yg dh pulang hari sabtu. Ada yg drive. Ada yg naik bas,flight. Ada jgak yg balik ngn parents. Ketika last bertemu, hati aku agak sayu smpai aku xsggup nk bertentang mata ngn diorg. Takut gugur air mata dr seorg insan yg lemah ini. Malu la jgak kan kalau org tgok aku nangis. Hoho. Jujurlah aku kata, time salam2,aku xtgok muka diorg. Sedih la nak berpisah. Dah setahun stengah dok sama2. Tiap2 pagi bgun nmpak muka kawan2. Bfast sama2. Blaja sama2. Buat bnda nakal sorg2. Hahaha.

Hampir la nk nangis. Tp tahan2. Xkeluar pon tears. Yes! Bila fikirkan balik, cuti ni xlama pun sbnarnya. 3 bulan, xlama kan? Sbb lepas tu akan spend masa ngn kwn2 for the next 5 years kat negara org. Insyaallah kalau ada rezeki. Aminn. Bila fikir lagi, sbnarnya ni jela masa yg paling lama nak rehat. Spend masa ngn family. Ngn rakan2 yg lain. For the next years, masa byak akan dihabiskan utk blaja, keje. Hmm.

Btw, i have created a new blog. Akan dimampatkan dgn cerita2 menarik. Akan dikongsikan pengalaman2 aku sepanjang aku menuntut ilmu di KTT. Ilmu duniawi pada lahiriah. Tp dpt jgak menimba ilmu ukhrawi. Unofficially lah. Menjadi insan yg lebih matang. Dalam menilai setiap isi dan maksud tersirat kehidupan. Do visit my 2nd official blog di mushbud.blogspot.com. Aku akan cuba utk masukkan entry terbaru frequently. Baru segar sikit kan. :) selepas ade sorg mamat ni kondem blog aku xde update. Mcm blog sorg wirawati negara ni. Hm..

The end.

Saturday, April 14, 2012

PRE-AS

assalam..

dah lama x menulis kat blog ni. xde mood sebenarnye. xde idea yg nak dikongsikan dgn pembaca2 sekalian. skarang ni tgah mggu exam trial AS. dah 3 mggu berlalu pon sebenarnye. tp saje je baru nak pos. utk 2 mggu pertama, semggu satu paper. hebat x?? haaa. ni la yg unik pasal ktt. :P

frankly speaking la kan, walaupun kali ni dah exam trial utk AS LEVEL, tp semangat utk exam x mcm dulu. rasa mcm x de semangat je. eceh. padahal mase exam same je nervousnye. tp btol la. maybe sebab gap antara exam ni dgn exam yg btol2 dekat sgt kot. lepas exam trial ni, ade lg 2 mggu sebelum exam sebenar. so, kitorg mcm xnak fokus sgt utk exam ni. tp study utk yg btol2. so, kalau xlepas pon kali ni, xde nak risau sgt kot. hahaha. bak kate kak onie , dakyoh nok debo ngat kalu dok penoh lepas cutoffpoint mase intenal exam. sbb internal mmg susoh pon. kak onie dop penoh lepas cutoffppoint pon lepas a level gok. ahahha.

tp bukannye sbb tu aku boleh jd malas. x kan? usaha ttp kene berterusan. ecehh.. hahaha. oh. cerita yg agak menarik pasal semalam yg aku boleh kongsikan. biasala kan. kalau masok exam hall, unauthorised materials kene bg kat lecturer kan. alaa ,,, yg mcm handphone, mp3 pe sume tu la. tp biasala, rules are made to be broken,isnt it? so aku xde nak hantar phone aku. tp aku da off da fon tu. nak dijadikan cerita. a minute b4 exam bermula,iaitu pukul 9, fon aku berbunyi. hak3.~ brigak doh org tranung kate. tu bunyi alarm aku hari kamis. kui3. tp aku x offkan alarm tu. xtau plak yg alarm still berfungsi walaupun fon telah dimatikan. ceh. mcm ayat formal plak dah. tp naseb baik la, lecturer yg jaga tu x ksah sgt. kwn aku ckp dia senyum je tgok aku. hahahaha. fuuuuuuuuuuhh. naseb baik.


ok dah,. tu je.. kwn aku tgah usha2 blog aku nih. segan la plak. k daaa.~


Saturday, February 11, 2012

MISSION. NOT ACCOMPLISHED.

assalam readers.

hari ni hari ahad. weekend holiday. xtau nak buat ape, walaupun sebenarnye ade bnyak benda nak buat. tapi mood malas datang. xboleh nak kompromi jugak. layann~

ouh. pasal tajuk entry ni, mission x accomplished lagi. ape misi nye ek? yeah. lepas exam final sem aritu, aku telah meletakkan satu misi iaitu utk lepas jugak cutoffpoint exam midsem. dpt 12 points pun jadi la.. tp, tau2 la. mission xberjaya lagi, aku still xlepas cutoffpoint. walaupun mase exam aritu aku jawab dengan penuh yakin. chemistry boleh dpt a, fizik yg selame ni dpt d boleh dpt at least b, bio dpt a, maths pon dpt a. tp tulah, kadang2 rasa yakin yg terlampau xboleh jugak. lain jadinye nnt. tgoklah aku, last2 bio dpt b, chem dpt c, fizik dpt c. n surprisingly, yg aku pon xsangka boleh jd mcm ni, maths aku dpt E. hadoi. first time in my 19 years life aku dpt E for maths. =="


tp bak kate org, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya,, gagal bnyak kali pon bukan bermaksud gagal seumur hidup. dan kalau gagal , bukan bermakna semangat utk berjaya gagal diteruskan. hmm. well, sejak kebelakangan ni, aku suka memotivasikan diri. reka2 quotes yg dpt naikkan semangat balik. tp bukan utk di kongsi ngn org lain la. utk diri sendiri je. sbb kadang2 quotes yg aku reka xmasok akal pon. hoho. tp yg penting, aku xde ah sampai nak give up. sbb, diri sendiri yg pandai menilai kebolehan diri sendirikan. bukan org lain. kan2? hehe. so, walaupon aku x lepas cutoffpoint, tp, utk 3 subjek aku berjaya naikkan markah . mcm fizik. dari d naik c. ok la kan? hehe.



hm. lepas balik dari cuti ni, mcm2 benda yg berubah. yes. berubah dari kebiasaan yg aku dah terbiasa selama ni. eceh. haha. mcm attitude certain kwn2 aku yg dah berubah. aku pon xtau reason nye. tp aku rase maybe sebab exam dah dekat kot. so, mcm bimbang tahap gaban mungkin. sape tau kan. atau mungkin jugak sbb diorg dah mula jatuh cinta sesame sendiri??? hmm~ xpasti. sbb aku pon xpenah fall in love, so xtau nak takrifkan perilaku diorg. tp, hidup tetap kena teruskan jugak. ye x? kena mula adapt ngn benda baru. belajar lagi rajin. jgn ingat nak makan tdo tgok muvi je. haih. semakin dekat ngn exam ni, makin byak plak cabarannya. kehidupan pelajar. ?? tapi semua org same pengalaman ke? bagi aku, tidak.



sekian. jumpa lagi di lain entry.

::: 3 kali exam, pointer aku same je. dpt 10/15 points. :::

Thursday, January 26, 2012

JELES.?

assalamualaikum semua.

uhhu. kenape ttbe rase jeles ni? ha? hm. oh. lepas tgok gambar kwn2 yg da fly ke russia. tgok diorg main salji. pakai winter coat yg tebal dan ade bulat2 mcm ade angin tu. huuuu. jeles doe. aku teringin jugak nak rase mcm tu. dulu2 tgok kat dlm tb, muvi ke drama ke, berangan jugak, nnt bile besar nak blajar kat tempat ade salji. boleh main snow war. boleh buat org salji. boleh guling2 atas salji. semua benda yg berkaitan salji la. boleh buat org kat msia jeles. huhu. tp, bile da besar, xde rezeki nak pegi blajar kat tempat ade salji. ( tu la, sape suruh tolak pegi russia.!)

bukan aku saje2 nak tolak, tp mmg dari dulu aku nak jd dentist. dan bila apply jpa pun, aku mintak dentistry dan alhamdulillah dpt. tp bukan ke negare bersalji la, tp ke india. ( panas kot.) huhu~ yg aku dpt ke negare yg ade salji plak, bukan ape yg aku minat. dah nak buat mcm mane lagi. xpe lah. nnt kumpul duit byak2, pegi lah mane2 yg ade salji tu. hua3~


p/s: sampai ati korg letak gambar main salji dlm pesbuk ye. saje je buat aku rase menyesal xikot skali dulu. uhuk.

kbai.

Tuesday, January 24, 2012

13 hours....

assalamualaikum semua...

da lame x update entry baru. so here i come, with some ideas. hahaha, ~

skarang ni actually tgh cuti raye cine a.k.a cuti midsem kitorg. pandai ye KTT cari public hols gabung skali jd cuti midsem kitorg ye..hmm xpe2. asal dpt cuti jd lerr.oh.pasal result final sem aritu, still x lepas cutoffpoint. bhahaha. eh2. gembira plak aku ni, hm. xde ah. mmg la sedih. dah usaha kan,tp hasilnye xdpt lg. xpe2. reminder jgn nak lepak je. haha. exam midsem baru je abis last week. dan hopefully, kali ni lepas cutoffpoint sbb aku rase mcm yakin jep mase jwb aritu. huhu. insyaallah.

haha. pasal tajuk entri di atas. haritu balik terengganu dari rumah taman kenangan kat KTT, it took 13 hours to get home. aisehh.. rase mcm dah dudok kat india plak. ntah2 kat india pon x mcm ni. huhu. kwn aku dr sabah pon terkejut bila tau aku balik 13 jam. even dia pon 2 jam lebih je. mcm mane boleh jd 13 jam? hmm. ok. bermule dari rumah kat KTT, aku bertolak pukul 7.45 pagi ke erl yg mengambil mase 15 minit mcm tu. sampai2 kat sane, da termissed satu train.!! damn! aunty carol punye pasal la ni. aku ckp pukul 7.30, 7.45 baru sampai. aisehh...~kene tggu lagi stengah jam. hadoi. sampai kat BTS lam pukul 8.50, tggu lrt plak. naseb baik kejap je. kalau lama, dlm hati aku, da tertinggal la bas. xbalik tganu la aku nampaknye. huhu. dan aku slamat sampai kat putra lebih kurang 9.25 mcm tu.. dan sempat lagi pegi beli bfast kat McD, huhu.


ok2. sampai kat stesen bas. tp da pukul spuloh bas xsmpai lagi. huuuuuu. haru lagi. naik bas, 10.40 lebih baru gerak. hm. da lewat lebih stengah jam lerr.. gerak2. jalan jem pulak. ahahahaha. dah stuck sejam lebih. KL pon xkuar lagi. pe citer ni? kat highway pon bas gerak perlahan je. brenti rehat kat RnR temerloh. solat mkn pe sume.*xmkn mane pon. pastu ade lah manusia yg lmbat naik bas. drebar bas ckp stengah jam je, nah ambek kau sejam dia rehat. huhu. haru lagii..


tgok2 jam, da pukul 8 mlm. dehh~ xsampai kuala terengganu lagi. tp papepun, pukul 9 slamat smpai rumah.dan dpt jumpe fmily.dan kuceng yg dah besar dan gemok skarang. hm. kakak aku ckp, dia ni keje dia makan tdo je. main kat luar xnak. dah mcm garfield aku tgok. hmm. ok. tu je citer pasal 13 hours. ahad ni dah balik KTT. naseb baik naik flight. xdenyer aku penat2 sakit blakang dah. ok. bai.